Sunday, August 3, 2008

Aktiviti Sepanjang Bulan Kemerdekaan

Pusat Sumber Sekolah SK Tobobon akan melaksanakan beberapa aktiviti berkaitan kemerdekaan Malaysia sempena Bulan Kemerdekaan. Antara aktiviti yang dirancang adalah, pameran Kemerdekaan, Kuiz Kemerdekaan (untuk murid-murid Tahap 2 : Tahun 4 - 6). Aktiviti untuk murid-murid Tahap 1 pula (Tahun 1 - 3) adalah meneka bilangan duit siling 50sen yang boleh memenuhi Jalur Gemilang yang disediakan.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN KEMERDEKAAN.




No comments: